KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan syukur diberi pengiktirafan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai antara penyumbang zakat tertinggi setiap tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aliff berkata, impiannya adalah untuk membantu golongan yang berkemampuan,
Dia turut mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida yang bersamanya susah senang.
“Syukur alhamdulillah kami diberi pengiktirafan khas antara penyumbang zakat tertinggi di Selangor setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor.
“Satu lagi anugerah dari pusat zakat selangor inilah impian kami nak bantu orang lain terutamanya mereka yang kurang berkemampuan,” tulisnya.
Sementara itu, Aliff turut menzahirkan penghargaan buat mereka yang telah menyokongnya serta mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
“Terima kasih kerana menyokong kami dengan membeli barangan kami. Hasil sokongan anda semua lah saya mampu menyumbang zakat dari hasil jualan kami. Semoga kami terus diberikan kesihatan untuk membantu golongan asnaf,” katanya. – MalaysiaGazette