Kiosk KPKT
Kiosk KPKT

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa projek kios Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah salah satu prokek gajah putih.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, projek berkenaan adalah satu pembaziran dan tidak praktikal.

“Adakah kios ‘berhantu’ KPKT ini suatu projek ‘gajah putih’ yang dilaksanakan tanpa kajian yang menyeluruh dan suatu pembaziran? Kenapa kos setiap unit begitu mahal? Adakah ini projek untuk bagi kekayaan kepada kroni?

“Kenapa KPKT masih meneruskan projek ini pada tahun 2024 dengan peruntukan yang naik sekali ganda sedangkan jelas pada tahun 2023, projek ini gagal dan merupakan pembaziran?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Faisal turut mendakwa sambutan terhadap kios berkenaan sangat kurang dan banyak kios berkenaan kosong serra dilambakkan di kawasan-kawasan tertentu.

“Persoalannya tak ada kajian kah yang dibuat sebelum membazirkan duit rakyat sebanyak RM50 juta pada tahun 2023? Kenapa diteruskan juga pembaziran ini pada tahun 2024 jika tiada sambutan?” soal beliau lagi.

Untuk rekod, KPKT berjaya melaksanakan 6,611 projek pembangunan dan infrastruktur untuk rakyat membabitkan perbelanjaan hampir RM1 bilion, tahun lalu sahaja.

Projek MyKiosk KPKT adalah inisiatif oleh KPKT untuk membantu golongan B40 dan peniaga mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat, dan selesa.

Projek ini bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.

Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk telah diluluskan di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, membantu lebih 7,000 keluarga meningkatkan pendapatan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here