KOTA TINGGI – Seorang juruteknik maut selepas motosikal ditunggang tidak berjaya memotong sebuah kereta dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 50.2 Lebuhraya Senai–Desaru di sini malam tadi.

Kejadian tersebut mengorbankan Muhammad Hazwan Hishamuddin yang berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis menerima maklumat insiden berkenanan pada pukul 8.15 malam.

“Kemalangan membabitkan dua buah motosikal, iaitu Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dan Yamaha Y15ZR serta sebuah kereta jenis Perodua Aruz.

“Siasatan awal mendapati penunggang Yamaha LC135 dipercayai hilang kawalan semasa cuba memotong dan telah melanggar bahagian belakang motosikal Yamaha Y15ZR yang berada di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat perlanggaran itu, mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah Perodua Aruz yang sedang melalui laluan tersebut.

Mangsa ujarnya, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut, katanya.

Yusof memberitahu, penunggang Yamaha Y15ZR yang berusia 21 tahun serta pemandu Perodua Aruz, seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here