Kereta api laju Shinkansen.

TOKYO – Laluan kereta api laju paling sibuk di Jepun yang menghubungkan Tokyo dan Osaka terhenti selepas seekor ular berlingkar pada talian elektrik, menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Kereta api Tokaido Shinkansen yang beroperasi antara Tokyo dan Osaka digantung operasi kira-kia jam 5.25 petang pada hari Rabu.

Perkhidmatan disambung semula sekitar jam 7 petang waktu tempatan, kata pengendali Central Japan Railway Company, menurut media tempatan.

Jepun kini berada dalam salah satu musim cuti tersibuknya, Golden Week, yang terdiri daripada empat cuti kebangsaan dalam tujuh hari, dan menyaksikan kereta api, lapangan terbang dan tempat tumpuan percutian mencapai kemuncaknya.

Osaka juga menganjurkan Ekspo Dunia tahun ini, yang mendorong berjuta-juta pelawat asing dan domestik berduyun-duyun ke bandar itu sehingga akhir bulan Oktober.

Gangguan ular itu berlaku di antara stesen Gifu-Hashima dan Maibara, menyebabkan operasi kereta api menuju Tokyo antara Shin-Osaka dan Nagoya, Osaka antara Shin-Osaka dan Tokyo terjejas, menurut agensi berita Jepun Kyodo News.

Gangguan perkhidmatan berlaku di laluan Tokaido Shinkansen, yang juga berhenti di Kyoto dan Nagoya,  laluan paling popular dan tersibuk.

Kereta api Shinkansen beroperasi pada rangkaian laluan kereta api berkelajuan tinggi, menghubungkan kebanyakan bandar utama Jepun dan boleh berjalan pada kelajuan sehingga 285 kilometer sejam.

Kereta api Tokaido Shinkansen biasanya berlepas setiap beberapa minit untuk kebanyakan stesen di sepanjang laluan.

Setiap hari, 372 perkhidmatan kereta api Shinkansen biasanya beroperasi di laluan ini, dengan kira-kira 432,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu.

JR Central mengatakan, kereta apinya biasanya menepati masa, dengan purata masa tunda selama 1.6 minit. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here