Keadaan Toyota Vios yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan hingga mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara berhampiran susur Balakong, di sini, pagi ini. Gambar: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Tiga individu maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara berhampiran susur Balakong, di sini, pagi ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Shahrum Din berkata, kesemua mangsa yang parah serta tersepit dalam kenderaan dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, pusat gerakan operasi JBPM menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pukul 5.57 pagi.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan dibantu BBP Bukit Jalil, membabitkan kekuatan 10 anggota, dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios yang terbabas melanggar pembahagi jalan di susur keluar lebuh raya berkenaan.

“Terdapat tiga lelaki tersepit dan anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya menerusi jenyataan hari ini.

Menurut Shahrum, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi.

Katanya, operasi ditamatkan pada pukul 7.29 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here