Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki warga Myanmar mati dibunuh rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kilang kitar semula di Bukit Minyak di sini, hari ini.

Mangsa berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di asrama pekerja tingkat dua kilang tersebut oleh majikannya, yang datang ke premis berkenaan selepas mendapati operasi kilang tidak berjalan seperti biasa kira-kira jam 9 pagi tadi.

MalaysiaGazette difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi dan mangsa ditikam di bahagian kepala dipercayai menggunakan sebilah pisau.

Difahamkan, seramai tujuh warga Myanmar termasuk mangsa serta suspek berusia 30-an itu tinggal di asrama berkenaan dan kesemua warga asing berkenaan melarikan diri selepas kejadian.

Pihak forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa mungkin dibunuh akibat perselisihan faham selain pihak polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Setakat ini, pihak polis telah menahan seramai 11 suspek bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi MalaysiaGazette memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes tersebut nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here