Anthony Loke

SEREMBAN – Cadangan supaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP tidak mungkin berlaku, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadi Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selain tidak pernah dibincangkan di dalam parti itu.

“Bagi saya perkara itu tidak timbul. Secara terus terang saya katakan itu pandangan beliau (Chong) sahaja.

“Beliau boleh memberikan pandangan, namun pertama sekali ia bukanlah pendirian parti dan kedua, saya tidak nampak ada kemungkinan seperti itu,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis minum petang dan pemberian insentif kepada 219 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 peringkat Parlimen Seremban di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Chong menyarankan MCA dibubarkan dan menyertai DAP sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, keadilan dan kemajuan sejati di negara ini selain menyatakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah tidak lagi mewakili masyarakat Cina.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

MCA bukan ekstremis, tidak akan sertai DAP – Choo Seong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here