Pemandu treler cedera di samun dua suspek ketika sedang tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4, Sekinchan, Kuala Selangor, pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan dua lelaki bertopeng didakwa menyamun seorang pemandu treler yang sedang tidur dalam kenderaan berat itu berhampiran sebuah stesen minyak di Parit 4, Sekinchan, Kuala Selangor, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya masih mengenal pasti identiti kedua-dua suspek yang menyebabkan mangsa berusia 54 tahun cedera di tangan dan kaki akibat serpihan kaca.

“Setakat  ini kenderaan suspek juga belum dapat dikesan kecuali jenisnya yang berkemungkinan menggunakan Honda atau Toyota Vios,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau balai polis berhampiran.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap treler jenis Hino yang dipandu mangsa sebelum cuba mengambil barangan miliknya.

Pemandu lori itu disamun ketika sedang berhenti rehat selepas perjalanan dari Klang ke Butterworth, Pulau Pinang dan difahamkan mangsa kerap berhenti rehat di kawasan kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here