Jenazah Rennie Abdul Ghani dibawa keluar dari laluan curam Torean, Gunung Rinjani

KUALA LUMPUR – Pendaki Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, dikatakan terlepas pegangan tali keselamatan menyebabkan dia tergelincir sebelum terjatuh di laluan curam Torean, Gunung Rinjani, Indonesia, semalam.

Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi ketika kumpulan mereka berhenti untuk mengambil air minuman di mata air Banyu Urip di laluan tersebut.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pemandu pelancong dan rakan mangsa, Rennie meneruskan perjalanan tanpa berehat sambil ditemani ketua ekspedisi.

“Di laluan yang mempunyai tali keselamatan, ketua rombongan berniat membantu mangsa melalui laluan tersebut, namun mangsa menolak bantuan.

Jenazah Rennie Abdul Ghani dibawa keluar dari laluan curam Torean, Gunung Rinjani

“Ketika menuruni laluan itu, mangsa terlepas pegangan daripada tali keselamatan dan tergelincir, lalu hilang keseimbangan dan terjatuh ke arah kanan laluan pendakian,” katanya.

Tambahnya, mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan berjaya dibawa keluar dari dasar gaung dengan kedalaman 80 meter sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, jenazah Rennie sedang dalam perjalanan menuju pintu masuk destinasi pelancongan pendakian Torean dan seterusnya akan dibawa ke Hospital Bhayangkara Mataram untuk proses pengurusan jenazah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here