Masjid Jamek Ar-Ridzuan menjadi simbol keagamaan dan perpaduan bagi penduduk kampung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.

Pada Isnin, media melaporkan Kerajaan Perak akan menggunakan wang kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri bagi disalurkan kepada sumbangan untuk pembelian sebahagian tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu yang sudah dipindah milik.

Ia merupakan sebahagian usaha untuk menebus semula tanah berkeluasan 1.2 hektar dengan nilai RM1.8 juta serta menyelamatkan masjid yang hampir berusia 100 tahun yang pernah diwakafkan tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

Kisah menyentuh hati ini mendapat perhatian luar biasa dari seluruh negara untuk turut menghulurkan sumbangan.

Belum pun sempat masjid seluruh Perak buat kutipan Jumaat, dana awam dari umat Islam seluruh negara berjaya dikumpul. Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan mengesahkan pihaknya berjaya mengumpul dana hampir RM2 juta dalam tempoh kurang 36 jam selepas kutipan dilancarkan, bagi sumbangan penebusan semula tanah berkenaan ditutup secara rasmi.

Pihak masjid merancang untuk mengadakan aktiviti pertanian pada sebahagian kawasan daripada keseluruhan tanah sebagai usaha menjana pendapatan masjid supaya dapat memanfaatkan penduduk setempat di masa akan datang.

Jemaah hadir bagi menunaikan solat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Jemaah bersedekah ke dalam tabung masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Jemaah hadir bagi menunaikan solat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Beduk lama yang pernah digunakan untuk memanggil jemaah solat kini dipamerkan sebagai sebahagian daripada koleksi sejarah Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Petugas masjid memperkemas pembesar suara sebelum azan dilaungkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu menjadi simbol keagamaan dan perpaduan bagi penduduk kampung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Pembesar suara digunakan bagi melaungkan azan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu menjadi simbol keagamaan dan perpaduan bagi penduduk kampung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Jemaah hadir bagi menunaikan solat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Bilal melaungkan azan bagi memanggil jemaah ke masjid ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Jemaah hadir bagi menunaikan solat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Jemaah menunaikan solat isyak secara berjemaah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.
Jemaah santai meluangkan masa selepas selesai menunaikan solat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here