KUANTAN – Tindakan menghapus subsidi telur ayam pada 1Ogos ini merupakan langkah wajar yang diambil kerajaan kerana pemberian subsidi hanya menguntungkan sesetengah pihak.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, pemansuhan subsidi telur ayam dilihat adil kepada semua lapisan masyarakat selain penjimatan yang diperoleh dikembalikan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Sebenarnya kalau ada subsidi menguntungkan siapa? tentulah menguntungkan orang kaya sahaja.
“Apabila tiada subsidi, nilai subsidi itu dapat pulang balik kepada rakyat seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan juga inisiatif lain,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Sementara itu, pemborong telur Ayam, Yan Foong (bukan nama sebenar) berkata, kini kuasa membeli semakin kurang meskipun penarikan subsidi belum dijalankan sepenuhnya.
Justeru sebagai peniaga, beliau mengharapkan bekalan makanan asas itu sentiasa berada di pasaran pada masa akan datang.
“Mesti terasa juga harga naik nanti, sekarang harga telur gred C pun turun, tapi pelanggan pun kurang selepas raya.
“Kalau tarik subsidi jadi lagi mahal mesti kasihan kepada pembeli, jadi berharap harga dikawal sebab telur makanan harian,” katanya.

Sebelum itu media melaporkan harga telur ayam dijangka meningkat sehingga tiga sen sebiji apabila subsidi kerajaan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Ogos ini, sekiranya kos pengeluaran kekal sekitar 38 sen sebiji.
Pengusaha Rojak King di Pasar Besar Kuantan, Mariziya Mohd Sharif, 47, berpendapat kerisauan akan tercetus jika penarikan subsidi telur laksanakan kerana ia memberi kesan kepada peniaga.
Katanya, tidak mustahil jikka terdapat peniaga menaikkan harga makanan yang membabitkan terlur.
“Itu tidak mustahil, bayangkan sekarang peniaga nasi lemak jual nasi lemak telur rebus RM3 sebungkus. Jika selepas ini tidak tahu berapa lagi kenaikan.
“Jika kami menjual laksa RM6, modal telur sebelah 20 sen juga terasa kerana saiz telur semakin mengecil. Sekarang rupa saiz telur gred B pun macam C,” katanya.
Sebelum itu media melaporkan harga telur ayam dijangka meningkat sehingga tiga sen sebiji apabila subsidi kerajaan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Ogos ini, sekiranya kos pengeluaran kekal sekitar 38 sen sebiji. – MalaysiaGazette