Mohammad Fakharuddin Ariff.

KUANTAN – Sebanyak 276 buah MyKiosk di Pahang akan diserahkan secara berperingkat kepada penyewa sebelum akhir bulan ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, sebanyak 464 buah MyKiosk telah diserahkan kepada penyewa setakat ini.

“Jadi, saya jangkakan keseluruhan proses itu akan selesai menjelang hujung Mei ini, di mana jumlah keseluruhan membabitkan 740 unit kiosk menerusi inisiatif MyKiosk di seluruh Pahang.

”Agihan akan dilakukan sebelum hujung Mei oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing,” katanya, hari ini.

Kiosk tersebut dibina menggunakan spesifikasi khas yang ditetapkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) termasuk penggunaan struktur SHS bersalut, lantai besi ‘chequered plate’, bumbung panel komposit dan kemudahan solar inverter.

Jelas Mohammad Fakharuddin, penyerahan kiosk itu merupakan sebahagian inisiatif kerajaan negeri dalam memberi ruang dan peluang kepada peniaga kecil memulakan perniagaan di lokasi strategik.

Ia bagi membantu golongan B40 dan peniaga kecil mendapatkan tempat niaga yang sah, bersih dan lebih teratur.

Menurutnya pelaksanaan agihan di Pahang turut melibatkan projek naik taraf tapak jaja sedia ada dan penempatan semula penjaja tanpa lesen (OTS) ke lokasi yang lebih sesuai di bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Menurutnya kiosk baharu ini menggantikan kiosk lama dengan sewa sekitar RM200 sebulan dan tiada kenaikan sewa dikenakan buat masa ini.

Bagaimanpun kadar sewaan masih tertakluk kepada keputusan PBT di mana kadar maksimum yang ditetapkan hanyalah RM300 sebulan.

Pada Sabtu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengarahkan Ketua Pengarah KPKT supaya mengambil tindakan segera dan meminta semua 156 PBT memberikan jawapan terhadap kiosk yang masih tidak diagihkan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

KPKT peruntuk RM203.45 juta untuk bangunkan infrastruktur awam di Pahang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here