Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – DAP boleh meneruskan ‘mimpi’ untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, BN Melaka sama sekali tidak akan memberi kerusi yang dimenangi BN kepada DAP atau Pakatan Harapan yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri lalu.

Apatah lagi menerima cadangan pengagihan kerusi 14 BN dan 14 PH.

“Dulu rundingan kerusi semasa PRN 6 negeri kamu cukup susah nak berikan kerusi kamu yang menang kepada BN ketika itu, kali ni senang-senang sahaja nak kerusi yang kami dah menang.

“Maka kerusi yang BN menang tidak akan sama sekali untuk diberikan kepada PH,” tegas beliau.

Kata beliau, jika parti berkenaan mahu kerusi, maka PH dan BN bertanding di tempat yang sama.

“Mudah sahaja,” ujarnya yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

May be an image of one or more people and text that says "甲行动党9支部通过 14+14战略 14+ 希盟国阵各竟选一半州席 2006 中國報 CHINA CHINAPRESS PRESS onane https://www.chinapress.com.my"
Keratan akhbar berhubung laporan cadangan agihan kerusi DAP dan BN pada PRN akan datang.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bertajuk `9 Cawangan DAP Melaka meluluskan resolusi strategi 14BN+14PH pada PRN Melaka akan datang.

Sembilan cawangan itu Bukit Beruang, Ayer Keroh, Kampung Baru Ayer Keroh, Merdeka Jaya, Sunshine, Taman Muzaffar Shah, Bukit Beruang Indah, Kubu dan Taman Kerjasama menyokong supaya PH dan BN masing-masing bertanding 14 daripada 28 kerusi DUN di Melaka, seiring dengan kerjasama BN dan PH dalam Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here