Suspek direman tiga hari sehingga 11 Mei depan - Foto SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang ketua koordinator eksekutif direman selama tiga hari sehingga 11 Mei ini selepas disyaki bersubahat dalam menggunakan dokumen yang mengandungi kandungan palsu berkenaan kerja-kerja pembangunan projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Muallim, Perak.

Perintah terhadap suspek lelaki berusia sekitar 60-an itu dikeluarkan Majistret Datin Kunasundary Marimuthu selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek itu ditahan kira-kira jam 4 petang  semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dengan  mengelirukan bank MBSB supaya mengeluarkan kira-kira RM1.6. juta daripada wang pembiayaan berjumlah RM70 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan. Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here