KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) menyita lapan ekor lembu yang berkeliaran di Jalan Persiaran Kemajuan Subang berhampiran SS19, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pemilik lembu-lembu berkenaan juga telah dikenakan tindakan oleh pihak MBSJ.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar pukul 9.45 pagi tadi.

Katanya, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama MBSJ, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Veterinar serta Bomba Subang Jaya digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak veterinar telah memberi suntikan kepada binatang itu dan tindakan saman kepada pemilik juga telah diambil tindakan oleh pihak MPSJ bagi tujuan sitaan.

“Bagaimanapun, aliran trafik lancar dengan bantuan pihak polis yang berada di lokasi dan tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular rakaman papan pemuka (dashcam) menunjukkan sekumpulan haiwan itu berada di selekoh jalan hingga mengganggu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here