Gambar hiasan

MEKAH – Ketibaan jemaah umrah warga asing bagi musim umrah akan datang bermula 15 Zulhijjah 1446 bersamaan 11 Jun 2025, demikian menurut kalendar rasmi umrah yang diumumkan Kementerian Haji dan Umrah.

Kalendar tersebut mengandungi semua maklumat berkaitan seperti tarikh-tarikh utama bagi pengeluaran visa, perjanjian dengan ejen asing serta tarikh akhir bagi kemasukan dan pelepasan jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.

Menurut kementerian itu, pengeluaran visa umrah akan bermula pada 14 Zulhijjah 1446 bersamaan 10 Jun 2025 disusuli dengan ketibaan rasmi jemaah pertama pada 15 Zulhijjah.

Sehubungan itu, kontrak-kontrak dengan ejen asing bagi perkhidmatan jemaah mesti dimuktamadkan sebelum 29 Zulkaedah bersamaan 27 Mei depan.

Persiapan bagi musim baharu umrah bermula pada 25 Mac lalu dengan pelancaran perkhidmatan kelayakan ejen luar menerusi platform ‘Nusuk’ dan sistem ‘Laluan Umrah’.

Perjanjian di antara syarikat-syarikat umrah dan ejen luar mula ditandandatangani pada 14 April semasa Forum Perkhidmatan Haji dan Umrah 2025.

Kalendar berkenaan turut mengandungi tarikh-tarikh penting seperti tarikh akhir pengeluaran visa umrah adalah pada 1 Shawal 1447 bersamaan 20 Mac 2026 manakala tarikh terakhir jemaah umrah dibenarkan memasuki Mekah adalah pada 15 Shawal atau 3 April 2026.

Kesemua jemaah umrah diwajibkan meninggalkan tanah suci sebelum 1 Zulkaedah 1447 atau 18 April 2026.

Sementara itu, kementerian turut memaklumkan penerimaan permohonan kelayakan ejen luar akan dhentikan pada 1 Syaaban 1447 bersamaan 20 Januari 2026.

Tarikh tersebut juga merupakan tarikh akhir bagi kelulusan kontrak dengan syarikat-syarikat umrah.

Penyusunan jadual tersebut adalah sebahagian daripada perancangan strategik kementerian untuk memastikan musim umrah lancar dan teratur di samping meningkatkan perkhidmatan kepada jumaah di seluruh dunia. -SAUDI GAZETTE

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here