Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR 2025.

PETALING JAYA – Arena politik PKR semakin memanas apabila Nurul Izzah Anwar dilaporkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya merebut jawatan tersebut.

Menurut laporan Sinchew Daily, keputusan Saifuddin Nasution itu dibuat selepas perbincangan panjang bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Beliau memilih untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah bagi merebut jawatan nombor dua parti itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden, namun beliau telah menarik diri selepas perbincangan lanjut.

Amirudin sebaliknya akan mempertahankan jawatan naib presiden dan dicalonkan oleh Nurul Izzah.

Sumber dalaman parti memberitahu, daripada 10 calon yang bertanding jawatan naib presiden, beberapa nama dilihat menyokong “kem Anwar”, iaitu Sim Tze Tzin, Datuk Seri R. Ramanan, Hee Loy Sian, Abun Sui Anyit dan Amirudin.

Sementara itu, “kem Rafizi” pula diwakili oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang, R. Yuneswaran dan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sathia Prakash Nadarajan pula dilaporkan menjadi rebutan kedua-dua kem, dengan usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan sokongannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here