Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR – Ketika Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sah menghantar borang pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR hari ini, senario berbeza dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Masih belum mengesahkan sama ada mahu bertanding atau tidak, Menteri Dalam Negeri itu sebaliknya sibuk menjalankan tugas rasmi termasuk menghadiri mesyuarat di kementeriannya.
“Tengah hari ini, saya akan menghadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang mana Kementerian Dalam Negeri adalah merupakan ahli majlis ini bersama Kementerian lain yang berkaitan.
“Seperti kebiasaannya, sebelum nya itu saya akan mengadakan mesyuarat pre-council bersama-sama KSU dan barisan pegawai saya di KDN bagi memastikan segala persediaan mesyuarat adalah teratur rapi.
“Mesyuarat ini merupakan platform penting sebagai persediaan awal dalam memastikan segala dasar, inisiatif serta agenda sosial yang bakal dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan memberi impak positif kepada rakyat,” tulis di Facebook miliknya di sini hari ini.

Ketika ini, hanya Rafizi dan Nurul Izzah Anwar selesai menghantar borang pencalonan bagi jawatan berkenaan.

Nurul Izzah yang Naib Presiden PKR itu menjadi individu pertama menghantar borang berkenaan.

Bagaimanapun, pemerhati politik menjangkakan Saifuddin tidak akan merebut sama jawatan tersebut selepas mengadakan perbincangan panjang bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau dilihat bakal memilih untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah bagi merebut jawatan nombor dua parti itu.

Sementara itu, Anwar juga sudah menghantar borang pencalonan beliau bagi kerusi tertinggi parti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here