KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang mewakili Yayasan Nurjiwa.
Anwar berkata, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti memainkan peranan penting dalam membimbing dan memberi inspirasi kepada golongan artis muda serta penggiat seni generasi baharu.
“Pelbagai topik telah dibincangkan sepanjang pertemuan tersebut, termasuk peranan penting yang boleh dimainkan oleh Siti Nurhaliza.
“Ini termasuk tanggungjawab beliau dalam mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda masa kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pertemuan mereka juga membuka ruang perbincangan berkaitan mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda masa kini. – MalaysiaGazette