KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Simpang Rumah Jamban, Nanga Lebai, Jalan Selangau-Sibu, Selangau malam tadi.
Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 8.38 malam.
“Mangsa berusia 46 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan dan masih dalam keadaan sedar ketika ditemui. Dia juga tidak tersepit dan berjaya dikeluarkan menggunakan pengusung oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Menurutnya, pihak bomba juga telah menjalankan operasi pembersihan bagi memastikan keadaan jalan selamat untuk digunakan.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.10 malam. – MalaysiaGazette