Anggota bomba sedang memadamkan api di sebuah gudang penyimpanan tilam di Butterworth, Pulau Pinang.

BUTTERWORTH – Sebuah gudang penyimpanan tilam di Kampung Tok Sani, Jalan Bagan Lalang di sini, musnah kebakaran malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.01 malam.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dikerahkan ke lokasi kejadian dengan bantuan daripada BBP Jalan Perak, Perai dan Sungai Bakap.

Operasi tamat jam 1.09 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan tilam dengan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus.

“Gudang tersebut turut dipercayai menyimpan bahan kimia, manakala sebuah kereta jenis Perodua Myvi ditemui dihempap struktur runtuh akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba serta bantuan jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11.33 malam dan operasi pemadaman ditamatkan pada pukul 1.09 pagi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa kejadian itu merupakan insiden kebakaran besar kedua di negeri ini dalam tempoh kurang 10 jam, selepas satu kebakaran melibatkan sebuah gudang cat pada jam 1.11 tengah hari semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here