Mangsa, Mohd Nor Azmi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah treler rosak di Jalan Pekan- Kuantan pada malam tadi

KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh sebuah trailer rosak yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Pekan-Kuantan dalam kejadian 8 malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa, Mohd Nor Azmi Ibrahim, 53, beralamat terakhir di Kampung Peramu Hilir di sini disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menurutnya siasatan awal, treler berisi muatan besi dari arah Pasir Gudang menghala ke Taman Perindustrian Kuantan Malaysia China (MCKIP), di sini.

”Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu treler jenis Volvo dengan motosikal jenis Modenas berhampiran Petronas Ubai, Jalan Pekan – Kuantan, Kuantan, Pahang.

”Apabila perjalanan sampai di tempat kejadian, ketika pemandu telah meletakkan kenderaan kerana rosak di bahu jalan, tiba-tiba datang penunggang dari arah belakang telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang treler,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here