Anwar berkongsi gambar lama beliau dan wan Azizah bersama ibunya Allahyarham Che Yan di Facebook. Gambar: Facebook: Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perkongsian ucapan Selamat Hari Ibu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosialnya mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook tersentuh dengan hantaran yang dibuat oleh Anwar bersama gambar lama beliau dan arwah ibunya, Allaharham Che Yan Abdul Hamid Hussein.

Melalui perkongsian itu juga, Anwar menyatakan isi hatinya kepada wanita tersebut.

“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani,” demikian luahan catatan Anwar.

Perkongsian itu menerima komen positif daripada pengikutnya.

“Kata-kata YAB Perdana Menteri mengenai ibu sangat menyentuh hati dan menunjukkan kesedaran yang mendalam tentang peranan penting seorang ibu dalam membina insan dan masyarakat.

Ibu bukan sekadar tunggak keluarga, tetapi juga pembentuk generasi masa depan dengan kasih sayang dan keikhlasan. Terima kasih atas penghargaan yang begitu tinggi. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh negara,” tulis Abdullah Adeb

Selain itu, pengguna yang lain turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Happy mother’s day Dr. Wan Azizah. Terima kasih di atas segala pengorbanan yang kamu lakukan untuk negara,” tulis Bryan Khoo pula. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here