Datuk Ramanan Ramakrishnan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang menawarkan diri  bertanding jawatan Naib Presiden PKR bertekad membawa suara Malaysia Madani seiring teras utama parti.

Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR berkata , PKR merupakan sebuah parti yang mendahulukan, mengutamakan dan meraikan ” semua kaum” dalam proses perkongsian kuasa dalam kepimpinan parti dari peringkat Cabang, negeri dan pusat.

Ramanan yang Ahli Parlimen Sungai Buloh yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal komuniti India berkata keputusan ini diambil atas keyakinan bahawa KEADILAN sebagai parti berbilang kaum harus terus diperkukuh dengan suara dan aspirasi semua lapisan masyarakat.

“Saya komited untuk membawa suara anggota KEADILAN ke arus perdana kepimpinan parti, memastikan inklusiviti, keadilan, dan peluang yang saksama untuk semua.

“Saya percaya KEADILAN perlu memperkukuh peranannya sebagai wadah politik progresif yang benar-benar mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia dengan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru semua anggota KEADILAN untuk bersama-sama dalam perjuangan ini sebagai satu Pasukan – iaitu “Pasukan Anwar Ibrahim”.

“Pemilihan kali ini bukan sekadar memilih kepimpinan, tetapi menentukan hala tuju parti dalam mengekalkan idealisme reformasi yang kita semua junjung selama ini  selain membantu kepimpinan YAB Presiden Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus membawa perubahan kepada negara.

“Dengan dukungan kalian, kita akan terus maju sebagai parti yang benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia Madani seiring dengan Gagasan Malaysia Madani “, ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here