KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perhilitan telah memasang telah memasang papan tanda amaran khas di lokasi-lokasi dikenal pasti sebagai laluan gajah.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, sebanyak 39 lintasan gajah di seluruh negara turut dilengkapi lampu jalan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan melindungi haiwan liar.

“Di samping memasang lampu jalan di 39 lokasi laluan atau lintasan gajah liar, Jabatan Perhilitan dan KKR melalui JKR Negeri dan Daerah turut memasang Tanda Jalan memberitahu kepada pemandu kenderaan yang mereka sekarang telah memasuki kawasan kekawanan gajah liar melintasi jalan raya dari satu kawasan hutan ke kawasan hutan lain,” katanya.

KKR berkata demikian menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan berharap supaya pemandu mengurangkan kelajuan dan sentiasa berwaspada khususnya di lokasi-lokasi lintasan haiwan itu.

“Apa yg diharapkan, pemandu kenderaan supaya mengurangkan kelajuan dan berhati-hati dalam pemanduan supaya tidak melanggar serta mencedera atau membunuh gajah.

“Terima kasih semua kerana sama-sama menjaga habitat binatang liar di negara kita,” tambahnya.

Terdahulu, tular rakaman video seekor gajah betina yang enggan berganjak dari lokasi kejadian selepas anaknya mati digilis lori.

Gajah betina itu dilihat cuba menolak lori yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sekitar jam 2.50 pagi Ahad.

Video berkenaan mengundang pilu para netizen.

Sementara itu, Aktivis keselamatan jalan raya, Datuk Mohammad Hisham Shafe berkata, pelanggaran melibatkan aiwan liar kini bukan lagi insiden terpencil sebaliknya antara kes yang perlu diutamakan.

“Perlanggaran melibatkan haiwan liar bukan lagi kes terpencil. Ia kerap berlaku di beberapa negeri, namun respons yang diambil tidak menyeluruh dan kurang berkesan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, sudah tiba masanya agensi berkaitan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), JKR serta pihak berkuasa tempatan menjalankan kajian terperinci untuk mengenal pasti kawasan panas kemalangan melibatkan hidupan liar.

Ujarnya lagi, faktor persekitaran seperti kabus tebal juga perlu diberi perhatian dan penggunaan lampu anti-kabus serta sistem amaran visual seharusnya diwajibkan di laluan kritikal seperti itu.

“Kajian ini perlu diikuti dengan tindakan konkrit termasuk pembinaan lintasan khas haiwan, pemasangan papan tanda amaran yang lebih ketara serta penggunaan teknologi pemantauan canggih untuk mengurangkan risiko pelanggaran,” jelasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here