Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa.

KUALA LUMPUR – Pemandu pikap Nissan Navara yang melanggar sebuah motosikal dinaiki sepasang suami isteri berdekatan Plaza Tol Jalan Duta, di sini, pada Sabtu lalu akan disambung reman sehari lagi bagi siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek sebelum ini direman dua hari dan perintah reman disambung lagi.

“Susulan permohonan reman yang dibuat, perintah reman selama sehari telah dikeluarkan terhadap suspek.

“Esok (Selasa) sekitar jam 8.30 pagi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, sekiranya ada arahan pertuduhan terhadap suspek maka akan dijalankan pada hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini siasatan masih dijalankan dan pihak polis meminta orang ramai mengesan saksi lain sekiranya ada.

Semalam, polis mengesahkan pemandu pacuan empat roda yang melanggar pasangan yang menunggang motosikal itu bukan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian.

Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, sehingga kini pemandu terbabit disahkan bukan pemilik kenderaan yang terlibat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here