Siti Aishah menunjukkan keadaan anaknya, Siti Farha ketika mendapatkan rawatan di Hoospital Melaka pada Sabtu lalu.

MELAKA – “Pengurusan Hospital Melaka sudah memohon maaf dan kami pun terima cuma tolonglah ubah apa yang patut supaya insiden ini tidak berulang lagi pada orang lain,”.

Itu harapan Siti Aishah Rahim, 27, dan suaminya, Mohd Firdaus Zain, 40, selepas tular kisah anak sulungnya berusia 22 bulan diserang sawan akibat kelewatan pihak hospital memberikan rawatan demam panas sehingga dibiarkan selama 11 jam.

Menurut surirumah itu, apa yang berlaku itu terhadap anaknya, Siti Farha Adelia Mohd Firdaus diharapkan dapat menoktahkan segala kejadian negatif yang banyak berlaku di Hospital Melaka sebelum ini.

“Kami boleh terima permohonan maaf hospital yang telah berjumpa saya dan suami pagi tadi dan mereka juga berjanji akan ambil tindakan untuk memeriksaa keadaan ini.

“Saya minta sangat agar insiden ini tidak terjadi kepada anak orang lain seperti yang ramai tahu Hospital Melaka memang banyak sangat isu sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebagai anak jati Melaka, dia amat berharap kerajaan negeri dapat memandang serius perkara ini bukannya dengan melakukan pembaziran terhadap projek lain bernilai jutaan ringgit.

“Janganlah sampai orang lain pertikai benda lain bernilai jutaan ringgit boleh buat, bab keadaan hospital dibuat macam barang mainan sekadar cakap di bibir tetapi tiada perubahan,” luahnya lagi.

Mengulas keadaan terkini kesihatan anak sulungnya itu, Siti Aishah berkata, bayinya itu masih memerlukan pemantauan doktor di wad biasa kerana suhu badan yang masih belum stabil.

“Doktor cakap, virus Adenovirus yang menjangkiti Siti Farha tiada ubat sebaliknya hanya diberikan antibiotik untuk membantu meningkatkan antibodinya melawan virus itu.

“Mungkin sehari dua lagi akan berada di wad kerana doktor perlu memantau suhu badannya yang masih naik turun antara 36, 37 dan 38 darjah celcius,” katanya.

Keadaan Siti Farha yang semakin baik’ hari ini.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan bayi berkenaan yang mengalami demam panas diserang sawan selepas petugas hospital didakwa gagal memberikan rawatan meskipun sudah menunggu hampir 11 jam sejak 2.30 petang Sabtu lalu.

Semasa tiba di hospital, jururawat didakwa hanya mengambil darah dan terus membiarkan bayi berkenaan sehingga suhu badannya meningkat pada tahap 38, 39 dan 40 darjah celcius.

Setelah hampir 11 jam menunggu bayi terbabit diserang sawan pada pukul 1 pagi semalam (Ahad) menyebabkan badannnya kejang sebelum pihak hospital mengambil langkah segera menyelamatkan nyawanya.

Video berdurasi 13 minit memaparkan tangisan dan rintihan bayi berkenaan yang sedang menanggung kesakitan, tular di media sosial mengundang hiba warga net. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here