Foto: Polis Garut

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut pihak berkuasa.

Letupan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin di kawasan terpencil di Daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.

Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Darat, Brig Jen Kristomei Sianturi berkata, semua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian di Kampung Sagara, Cibalong dan dihantar ke Hospital Pameungpeuk untuk proses bedah siasat.

Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here