KUALA LUMPUR – Di dunia fiksyen Avatar, gelaran “Toruk Makto” membawa makna yang mendalam.

Ia diberikan hanya kepada mereka yang Berjaya menjinakkan dan menunggang Toruk, makhluk udara paling ganas di Pandora yang digelar The Last Shadow.

Dalam budaya Na’vi, hanya jiwa yang tulen dan suci mampu menunggang makhluk tersebut.

Seperti kata mereka; “Only a pure soul can ride a Toruk”.

Di dunia nyata, sosok juruterbang pesawat tempur Su-30MKM mencerminkan semangat yang sama, kata kenyataan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

“Su-30MKM bukan sekadar mesin perang, ia adalah ‘makhluk besi’ yang memerlukan pengendali berjiwa besar.

“Dilengkapi dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih, pesawat ini hanya tunduk kepada mereka yang benar-benar layak bukan hanya daripada segi fizikal dan mental tetapi juga moral,” kata kenyataan itu.

Seperti Toruk Makto, juruterbang Su-30MKM adalah “Rider of The Last Shadow” dalam dunia nyata.

Mereka adalah insan terpilih bukan semata-mata kerana kehebatan tetapi kerana ketulenan jiwa mereka.

“Dalam kokpit, seorang juruterbang perlu membuat keputusan dalam detik yang mendebarkan, kadang kala antara hidup dan mati.

“Keputusan yang hanya boleh dibuat oleh jiwa yang murni tanpa niat peribadi dan tanpa ego.

“Mereka terbang tinggi bukan untuk menunjuk kuasa tetapi untuk melindungi kedaulatan negara,” kata TUDM dalam kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here