Pusat Pengoperasian PUSPAKOM di PUSPAKOM Wangsa Maju Inspection Center, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 11 MAC 2025

KUALA LUMPUR – PUSPAKOM bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan nahas lori batu dan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengorbankan sembilan anggota FRU di Teluk Intan, Perak, semalam.

Syarikat itu dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, ia tidak mahu membuat sebarang ulasan atau memberi maklum balas terhadap komen-komen yang dibuat di ruang awam mengenai nahas tersebut.

“Ketika ini, insiden tersebut sedang disiasat secara aktif oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Demi menghormati proses siasatan yang sedang berlangsung serta individu yang terlibat, PUSPAKOM tidak akan mengulas mengenai siasatan tersebut atau memberi sebarang maklum balas terhadap komen yang dibuat di ruang awam.

“Kami dengan rendah hati merayu kepada orang ramai — terutamanya yang aktif di media sosial — agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau membuat spekulasi. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka secara profesional.

“Penyebaran maklumat tidak tepat bukan sahaja menjejaskan siasatan, malah boleh menambah kesedihan kepada keluarga mangsa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/05/13/stereng-lori-pasir-rosak-punca-rempuh-lori-fru/

Puspakom turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, lapan anggota FRU maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here