Sumber : PDRM Raub

KUANTAN – Tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia dicekup polis selepas disyaki menceroboh Hutan Simpan Rotan Tunggal, di Kampung Sang Lee, Raub pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti pencerobohan di kawasan itu pada jam 8 pagi hari kejadian

Bertindak atas maklumat diterima, beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan Balai Polis Tranum terus ke lokasi terbabit.

“Hasil pemerhatian sehingga jam 12.30 tengah hari telah berjaya menahan dua lelaki berbangsa Cina dan seorang lelaki warganegara Indonesia sedang menunggang motosikal memasuki kawasan hutan simpan tersebut.

“Seterusnya tangkapan telah dibuat ke atas ketiga-tiga lelaki itu dan menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Shahril berkata, pihak Pejabat Hutan Daerah Raub juga telah mengesahkan kesemua tangkapan tersebut adalah di kawasan Hutan Simpan Rokan Tunggal di mana terdapat kegiatan pencerobohan tanah turut berlaku.

Tambah beliau, kesemua suspek kemudian dibawa ke IPD Raub untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Tegas Mohd Shahril, pihaknya memandang serius kegiatan pencerobohan hutan simpan dan akan meneruskan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan tiada lagi kejadian seumpama itu berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here