Foto Instagram Farisha Irwayu.

KUALA LUMPUR – Pelakon era 90-an, Farisha Irwayu dan pendakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sah bercerai talak satu selepas lapan tahun melayari alam rumah tangga.

Farisha atau Norayu Ghazali, 56, memberitahu, mereka bercerai secara ‘fast track’ di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas persetujan bersama.

“Semalam pukul 11.45 pagi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi.

“Kami telah pun bercerai secara ‘fast track’ dengan talak satu dijatuhkan kepada saya atas persetujuan bersama.

“Maka bermulalah idah saya selama tiga bulan mulai semalam (Selasa),” katanya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya semalam.

Sementara itu, Farisha turut mengucapkan selamat pengantin baharu buat Tuan Asmawi dan memberi gambaran bekas suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Katanya, wanita itu  kini sudah boleh menjadi isteri pertama dan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

“Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya Tuan Asmawi semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

“Kepada penyondol boleh jadi nombor satu (isteri pertama) sebab awak bukan yang kedua sekarang ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here