Ismail Yusop

KUALA LUMPUR – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menafikan dakwaan yang tular di media sosial yang mengaitkan jabatan itu dengan arahan like, share dan promote kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Yusop berkata, maklumat yang tersebar termasuk melalui aplikasi WhatApps itu adalah tidak benar dan tidak berasas.

Jelas beliau, semua kakitangan J-KOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-KOM terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu.

“Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Ismail, sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-KOM sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.

“Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.

Pemilihan PKR akan diadakan di Johor Bahru pada 22 hingga 24 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here