Keadaan Hospital Eropah di Khan Yunis, selatan Gaza selepas diserang tentera Israel. Foto: Platform X

BAITULMAQDIS – Jurcakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah membuat hantaran di laman media sosial sebaik sahaja Israel menyebarkan berita bahawa pejuang Palestin itu terbunuh dalam serangan ke atas Hospital Eropah di Khan Yunis, selatan Gaza, semalam.

Menerusi siri serangan udara, tentera penceroboh mengebom hospital itu dan kawasan sekitarnya menyebabkan kerosakan teruk, kemalangan jiwa dan kecederaan.

Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 70 lagi cedera dalam kekejaman tersebut.

Terdapat laporan Israel yang mendakwa Abu Ubaidah terbunuh dalam serangan yang dilakukan secara besar-besaran itu.

Bagaimanapun, jurucakap Briged al-Qassam itu menafikan dakwaan Israel apabila beliau membuat hantaran dengan memberi ulasan mengenai operasi di Tebing Barat yang menyaksikan seorang penceroboh terbunuh manakala dua lagi cedera berhampiran penempatan Bruchin di Salfit, dekat Nablus.

Dalam hantarannya, Abu Ubaidah menggesa warga Palestin menentang penceroboh dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa sebagai tindak balas pencerobohan di Tebing barat dan solodariti kepada penduduk Gaza.

Sebaik sahaja hantaran itu dilakukan, tentera Israel bergegas ke lokasi serangan yang kemudiannya mencadangkan bahawa Abu Ubaidah tidak berada di kemudahan kesihatan yang menjadi sasaran di Khan Yunis. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here