Menteri Komunikasi dan Calon Majlis Pimpinan Pusat Datuk Fahmi Fadzil berucap pada Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 14 MEI 2025.

SHAH ALAM – Tiada seorang pun pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengatakan parti itu subur dengan amalan demokrasi apabila Nurul Izzah Anwar tidak bertanding sebarang jawatan pada pilihan parti pada 2022.

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya apabila Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden, beliau menjadi sasaran pimpinan tertentu yang menuduhnya menyuburkan amalan nepotisme dalam parti itu.

“Untuk sesiapa yang membawa hujah nepotisme, Nurul Izzah bertanding sebagai naib presiden, beliau menang kali pertama bertanding. Pendirian beliau berbeza daripada Anwar Ibrahim dan pimpinan lain.

“Kalau sesiapa nak mengatakan nepotisme, kita lihat Nurul Izzah selama ini dipilih oleh anggota untuk menggalas jawatan naib presiden, kecuali pada penggal lalu.

“Masa yang cocok mengatakan nepotisme adalah semasa penggal 2022 hingga 2025 di mana Nurul Izzah tidak bertanding dan beliau dilantik menjadi naib presiden.

“Tapi ada tak sesiapa pada waktu itu mengatakan ini adalah parti (demokrasI), itu dakyah (nepotisme) yang jahat,” katanya berucap pada Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, di sini, malam tadi.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Foto HARI ANGGARA, 14 MEI 2025.

Dalam majlis sama, Fahmi secara terbuka menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR kerana bekas bosnya itu merupakan orang yang bertanggungjawab membawa dirinya dalam kancah politik hari ini.

“Beliau merupakan antara pemimpin yang berjaya tarik saya ke dalam parti, sebelum saya jejak kaki ke dalam kancah politik, saya lihat pada di antara 2008 ke 2010, saya rasa terpanggil untuk membantu Nurul Izzah.

“Saya ingat lagi waktu pemilihan pada tahun itu, di peringkat pusat, ada beberapa sosok cuba beritahu Nurul Izzah jangan bertanding Naib Presiden termasuk mantan sahabat kita, Tian Chua,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengingatkan anggota dan pimpinan yang bertanding agar tidak memupuk rasa benci antara satu sama lain sepanjang tempoh berkempen dalam pemilihan parti.

“Janganlah sampai kita mengadu domba, jagalah, apa yang kita cakap kerana kita kena ingat selepas ini kita kena bantu parti, kumpulkan semua kekuatan.

“Tidak kira yang kalah mahupun menang, waktu pilihan raya nanti perlukan seluruh kekuatan untuk kita pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri bagi penggal kedua,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here