KUALA LUMPUR – Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama 2025, mencatatkan 9.06 juta jawatan .

Daripada jumlah ini, 8.87 juta jawatan diisi dengan 97.9 peratus kadar jawatan diisi.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, sebanyak 194,100 kekosongan jawatan direkodkan pada ST1 2025, dengan kadar kekosongan sebanyak 2.1 peratus.

Sementara itu, sebanyak 33,200 jawatan diwujudkan, meningkat daripada 32,100 pada ST1 2024.

Mengikut kategori kemahiran, kategori separuh mahir mencatatkan sumbangan terbesar dalam jawatan iaitu 62.4 peratus (5.66 juta), diikuti oleh kategori mahir sebanyak 25. 1 peratus (2.28 juta) dan kategori berkemahiran rendah sebanyak 12.5 peratus (1.13 juta).

Bagi kategori mahir, 2.23 juta jawatan telah diisi (97.9%), manakala 47,400 adalah kekosongan (2.1%).

Sebanyak 8,900 jawatan diwujudkan pada kategori ini.

Menurutnya, kategori separuh mahir mencatatkan 5.55 juta jawatan diisi, iaitu 98.1 peratus daripada jawatan.

Terdapat sebanyak 109,200 kekosongan (1.9%) dan 20,800 jawatan diwujudkan.

Manakala bagi kategori berkemahiran rendah, 1.09 juta jawatan telah diisi dengan kadar pengisian jawatan pada ST1 2025 adalah 96.7 peratus.

Terdapat 37,500 kekosongan jawatan dengan 3.3 peratus kadar kekosongan.

Selain itu, 3,500 jawatan baharu telah diwujudkan.

Mengenai permintaan buruh mengikut aktiviti ekonomi, Jabatan Perangkaan berkata, sebahagian besar jawatan dan jawatan diisi adalah dalam sektor perkhidmatan, masing-masing menyumbang 52.0 peratus (4.72 juta) dan 52.8 peratus (4.69 juta).

Sektor pembuatan mencatatkan jumlah kekosongan jawata tertinggi dengan 111,200 jawatan (57.3%), diikuti oleh pertanian (31,800; 16.4%), pembinaan (25,400; 13.1%) dan perkhidmatan (25,200; 13.0%).

Dari segi pewujudan jawatan pada ST1 2025, sektor perkhidmatan mendahului dengan 48. 1 peratus (16,000), diikuti oleh pembuatan (36.5%; 12,100) dan pembinaan (10.8°/o; 3,600). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here