Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan kepada keluarga mangsa MH17 berhubung maklum balas yang diberikan oleh Presiden Russia Vladimir Putin.
Isu mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 itu telah dibangkitkan Datuk Seri Anwar semasa rundingan dua hala dengan Presiden Russia di Kremlin.