Sebahagian daripada tong gas yang diterima daripada oleh KPDN Sepang polis semalam yang cuba diseleweng oleh sekumpulan lelaki. Gambar: Ihsan KPDN Selangor.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) menerima serahan sebanyak 103 unit tong gas memasak bernilai RM100,000 daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang disyaki diseleweng oleh sekumpulan lelaki.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd Hanizam Kechek berkata, serahan melibatkan pemeriksaan pengesahan oleh anggota penguatkuasa KPDN Sepang ke atas sebuah lori yang berkapasiti satu tan dan sebuah lori bonded berkapasiti tiga tan.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan pihaknya menemui tong silinder berisi gas petroleum cecair (LPG).

“Pada masa yang sama, sitaan turut melibatkan LPG dengan nilai berat tidak melebihi 1,300 kilogram (kg).

“Jumlah tong yang disita sejumlah 103 unit terdiri daripada dua jenis berat (14 kg dan 50kg). Kesemua tong yang disita dipercayai berisi dan kosong.

“Anggaran nilai rampasan secara keseluruhan dalam kes serahan Ops Gasak 2025 oleh KPDN Sepang ini adalah mencecah RM100,000,” katanya dalam kenyataan.

Tindakan sitaan semula dilaksanakan di bawah peruntukkan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohd Hanizam berkata, seramai lima individu dengan empat daripanya bukan warganegara ditahan untuk siasatan di bawah akta yang sama.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk menyalurkan aduan kepada pihak kementerian menerusi aplikaasi Whatsapp di nombor 019-848 8000, aplikasi Ez Adu KPDN, talian hotline KPDN 1-800-886-800 atau portal e-aduan.kpdn. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here