Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh menafikan dakwaan perdana menteri wujud segelintir pihak yang obses kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan, pihak berkenaan hanya mempertahankan hak perdana menteri keenam itu yang telah mendapat tahanan rumah kurniaan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Menegaskan perkara itu, Akmal berkata, pihaknya tidak turun melakukan demonstrasi untuk mempertikaikan keputusan mahkamah seperti yang pernah dilakukan oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim satu masa dahulu.

Sebaliknya, hanya mahu hak Najib diberikan sahaja.

Jelas beliau, mahkamah sudah pun memberikan keputusan ke atas kes beliau maka Pemuda UMNO akur.

“Tetapi apabila Datuk Seri Najib diberikan hak tahanan rumah oleh Tuanku Agong, maka harus kita semua akur.

“Sama juga seperti penyokong Dato Seri (Anwar) dahulu, yang merasakan Dato Seri perlu diberikan hak pengadilan yang adil, begitu juga kami pada Dato Seri Najib.

“Tiada helah yang lain, selain dari hak Dato Seri Najib perlu diberikan,” jelasnya.

Katanya, sebagaimana Anwar mempunyai jasa pada negara, begitu juga dengan jasa Najib yang tidak boleh dinafikan.

“Maka jangan takut, jangan bimbang ya PMX,” katanya.

Anwar dalam wawancara Al-Jazeera mempersoalkan “ketaasuban” sesetengah pihak terhadap skandal 1MDB dan Najib yang kini dipenjara dan masih terkait dalam banyak kes rasuah yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here