TANGKAP layar video ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Guru.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menitip pesanan yang mana kehidupan seseorang menjadi teratur dan berjaya sekiranya mendengar pesanan serta ajaran guru.

Sebaliknya, kata beliau, sekiranya kehidupan seseorang tidak tenteram dan diselubungi kegagalan, ia adalah disebabkan tidak mendengar ajaran guru.

Dalam ucapan sempena Hari Guru yang disambut hari ini, Dr. Mahathir turut berkongsi kenangan ketika beliau membesar yang mana ibu bapa ketika itu menyerahkan anak-anak mereka kepada guru dengan pesanan.

“Jika nakal dan degil, rotanlah. Ajar mereka bagaimana cikgu mendidik anak cikgu sendiri.

“Asal janganlah patah dan bengkok, didiklah mereka,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tambah Dr. Mahathir, masa berubah dan penggunaan rotan hari ini bukan lagi pelengkap dalam dunia pendidikan.

Namun, katanya, ia kekal dalam ingatan betapa disiplin dan guru tidak terpisah.

“Besar tanggungjawab guru dan sebesar itu harapan ibu bapak kepada guru, mahu anak mereka diisi ilmu, mahu juga anak mereka tertib dan sopan.

“Kalau boleh berseni, selain jadi jaguh (dalam) olahraga dan sukan.Di penghujung perjalanan, anak-anak ini perlu menjadi manusia. Menggunung harapan ibu bapa,” katanya.

Tambah beliau, kesemua harapan itu terletak di bawah guru dan disebabkan itu, guru dimuliakan dan dirai kerana masa depan anak bangsa dan negara terukir di tangan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here