Status Fadhli Saari di Facebook yang menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan Ahmad Faizal Azumu selaku Ketua Penerangan PN.
Status Fadhli Saari di Facebook yang menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan Ahmad Faizal Azumu selaku Ketua Penerangan PN.

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai kedudukan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu timbul apabila Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan mempengerusikan mesyuarat Jabatan Penerangan dan Komunikasi gabungan parti politik itu, hari ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari menerusi satu hantaran di laman Facebook yang menyatakan mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Radzi dengan tertera perkataan ‘Ketua Penerangan PN’.

“Mesyuarat Jabatan Penerangan dan Komunikasi Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Radzi Jidin, Ketua Penerangan PN,” tulis beliau dalam hantaran tersebut.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada PN berhubung pelantikan Radzi sebagai Ketua Penerangan menggantikan Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja.

Ahmad Faizal juga merupakan Naib Presiden Bersatu.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Besar Perak dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Radzi pula sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan kini merupakan Ahli Parlimen Putrajaya yang turut memegang jawatan Naib Presiden Bersatu.

Status FB Radzi Jidin
Status FB Radzi Jidin

Malah Radzi turut membuat satu hantaran di Facebooknya dengan menyebut beliau mempengerusikan mesyuarat tersebut.

“Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jabatan Penerangan dan Komunikasi Perikatan Nasional (PN) di Ibu Pejabat BERSATU.

Turut hadir bagi mesyuarat hari ini adalah Ketua Penerangan parti komponen PN, Ketua Penerangan PN Negeri dan Ketua Penerangan Sayap PN,” katanya. – NalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here