Rais bergambar bersama murid-murid selepas hadir pada Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka hari ini.

MELAKA – Tiada isu unit gerai MyKiosk yang terbiar sehingga reput di Melaka, tegas Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin.

Malah menurut beliau, permintaan terhadap kiosk untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) itu mendapat permintaan yang tinggi di negeri ini.

“Saya tak tahulah di negeri lain, tapi di Melaka saya tak dengar Mykiosk mereput tanpa ada peniaga namun saya tidak menafikan mungkin ada antara sekitar 10 hingga 15 peratus kiosk yang masih kosong.

“Itu pun sebenarnya peniaga sudah ada cuma mungkin mereka belum memulakan perniagaan jadi saya rasa untuk jadikan ia polemik di Melaka ia bukanlah isu,” katanya.

Datuk Rais Yasin

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata antara bukti sambutan baik terhadap Mykiosk adalah di Stadium Hang Jebat apabila permohonan yang diterima melebihi jumlah 30 kiosk yang disediakan.

“Minggu lepas baru sahaja kita selesai temubual 73 peniaga yang datang sedangkan jumlah Mykiosk yang ada cuma 30 unit dan ini membuktikan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) wajar dipuji,” tambahnya.

MyKiosk adalah projek yang menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa pada kadar sewa rendah.

Sehingga Disember 2024, sebanyak 7,243 unit MyKiosk diluluskan di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here