Tunku Mahkota Ismail bertitah merasmikan pembukaan penggal persidangan DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini supaya tumpu tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Baginda bertitah, mereka perlu fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri kerana sekarang ini bukan musim pilihan raya negeri (PRN).

“Bangsa Johor memerlukan ADUN yang bertanggungjawab dan berkesan untuk untuk berkhidmat serta membantu negeri ini terus membangun serta meningkatkan taraf hidup rakyat Johor.

“Jaga tingkah laku anda dan berkhidmat dengan jayanya supaya Johor kekal maju serta disanjung dan dihotmati,” titah baginda merasmikan pembukaan penggal persidangan DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Tarikh PRN Johor hanya akan ditentukan mengikut penggal pentadbiran negeri yang berakhir pada Mac 2027, bukan berdasarkan ramalan mana-mana parti politik.

Sebelum ini beberapa pimpinan parti politik membuatkan jangkaan berhubung PRN akan berlaku awal tahun depan.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail turut menzahirkan harapan agar DUN Johor terus menjadi medan perbincangan dasar dan penggubalan undang-undang yang matang, bukan tempat untuk melepaskan emosi atau mencetuskan konflik politik.

“Saya ingin tegaskan DUN Johor ini adalah dewan yang mulia, ia bukan medan untuk bertelagah bukan tempat untuk lepaskan emosi atau kepentingan politik peribadi sebaliknya dewan ini adalah wadah untuk membincangkan dasar, menggubal undang-undang dan yang paling utama memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat Johor.

“Saya harap agar keharmonian yang menjadi tradisi DUN Johor akan dicontohi dan terus dipelihara. Jangan biarkan percakaran jadi budaya dan jangan dewan ini jadi bahan ketawa rakyat,” titahnya.

Justeru, baginda mengingatkan semua wakil rakyat supaya menjaga adab serta menghormati institusi DUN Johor.

“Jaga tingkah laku anda dan berkhidmat dengan jayanya supaya Johor kekal maju serta disanjung dan dihormati.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah terhadap perjalanan DUN Johor yg berlangsung sebelum ini dengan tertib dan teratur dan penuh hormat, sesuatu yang boleh mencerminkan kematangan demokrasi dan budaya politik yg beradab,” titahnya.

Pada PRN Johor 2022, BN meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga.

BN menawan 40 daripada 56 kerusi DUN Johor.

Sementara Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here