POSTER yang melarang penuntut UniSZA beriadah di kawasan peranginan termasuk sungai berikutan dua kejadian lemas membabitkan penuntut mereka dalam tempoh kurang seminggu. - Foto: FB Pusat Sukan UniSZA

KUALA LUMPUR – Semua penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dilarang sama sekali mengadakan sebarang aktiviti riadah di kawasan peranginan seperti sungai, air terjun dan sebagainya berkuat kuasa serta-merta.

Ia selepas dua kejadian lemas membabitkan penuntut Unisza yang berlaku di kawasan peranginan air terjun dalam tempoh kurang seminggu.

Menerusi makluman yang dimuat naik di laman Facebook Pusat Sukan UniSZA, larangan itu berkuat kuasa sehingga notis selanjutnya dikeluarkan oleh pihak pengurusan universiti berkenaan.

“Langkah ini diambil demi keselamatan dan kesejahteraan pelajar UniSZA. Harap berada dalam makluman semua,” katanya.

Semalam, seorang penuntut UniSZA, Abed Mifzal Azman, 22, lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Hutan Lipur Lata Payung, Sungai Tong, Setiu, Terengganu bersama enam rakannya yang lain.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 9.30 malam tadi pada jarak satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ia meruakan kejadian kedua dalam tempoh kurang seminggu selepas Isnin lalu, seorang penuntut UniSZA, Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, turut lemas selepas mandi di kawasan air terjun Lata Changkah di Setiu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here