Gambar hiasan

BANDAR PERMAISURI – Seorang pelajar lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan Hutan Lipur Lata Payung di sini semalam.

Abed Mifzal Azman, 22, berasal dari Johor ditemukan pada 9.30 malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan dibantu penduduk kampung, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Setiu, Supt Mohd Zain Md Deris berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Beliau berkata, dalam kejadian petang semalam, mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) itu berkelah bersama enam rakannya sebelum berlaku kejadian kepala air.

“Enam rakan mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri tetapi mangsa dihanyutkan arus deras.

“Sebelum itu, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan naik ke atas batu di tebing sungai tetapi kepala air terlalu besar telah menghayutkan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zain menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai atau hutan lipur di Setiu buat masa ini kerana keadaan cuaca tidak menentu dan terdedah kepada ancaman kejadian kepala air.- Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here