Tangkap layar video tular memaparkan lelaki membawa anjing ketika minum di restoran nasi kandar di Segamat Baru, Segamat, Ahad lalu.

SEGAMAT – Tular seorang lelaki membawa anjing peliharaan ketika minum di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru, di sini.

Video yang tular itu memaparkan seorang pemuda dipercayai berusia 20-an meletak anjing atas bangku restoran berkenaan sebelum pekerja premis terbabit tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis mengesan video terbabit yang berdurasi 44 saat selepas ditularkan oleh individu dalan media sosial semalam.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari pada Ahad lalu.

“Dalam video yang tular itu, seorang individu dilihat membawa anjing peliharaan ketika minum lalu pekerja premis terbabit tampil membuat laporan polis.

“Pekerja terbabit turut memaklumkan kerusi yang diduduki anjing sudah dibuang selepas perkara itu dimaklumkan kepada majikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan untuk siasatan bersama-sama Majlis Perbandaran Segamat mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1970.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here