Faezuddin Puad

JOHOR BAHRU –  Rapat Angkatan Muda Keadilan (Rapat AMK 2025) adalah medium terbaik untuk semua calon AMK menyuarakan pandangan secara sihat dan bertanggungjawab sebelum pemilihan dan Kongres Nasional AMK berlangsung, di sini, pada 23 Mei ini.

Naib Ketua AMK Negeri Johor,  Faezuddin Puad berkata, pendekatan kempen seperti itu amat dialu-alukan yang menumpukan pembentangan fakta, idea dan cadangan-cadangan.

Jelasnya yang juga Ketua AMK Cabang Pulai, tujuannya untuk memperkukuh parti tanpa sebarang unsur menyerang peribadi, cercaan mahupun budaya politik lama yang langsung tidak membina.

“Pendekatan ini sangat penting dalam memastikan AMK kekal sebagai sayap parti yang progresif, berprinsip dan menjadi teladan kepada anak muda baik dalam Keadilan mahupun diluar.

“Kami di Johor sentiasa bersedia menyahut kepada apa jua cadangan program yang boleh memperkukuh demokrasi dan memperkasa suara anak muda.

“Saya yakin corak kepimpinan yang sedang ditonjolkan saudara Kamil Munim seperti sekarang ini akan membawa AMK ke arah yang lebih kuat, bersatu dan progresif dalam mendepani cabaran politik masa depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, langkah Kamil yang merupakan Ketua AMK Malaysia merangka penganjuran rapat itu wajar dipuji kerana mencerminkan semangat perpaduan dalam parti.

Tambahnya, Kamil mengambil pendekatan inklusif dengan menghimpunkan calon-calon AMK daripada pelbagai latar belakang dan ideologi untuk bersama-sama atas satu pentas bagi meraikan perbezaan secara matang dan demokratik.

Pemilihan Parti 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) dan Majlis Pimpinan Wanita Keadilan (MPWK) akan diadakan di Berjaya Waterfront Hotel di sini pada 23 Mei ini.

Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita Keadilan juga diadakan pada hari sama dengan lokasi pemilihan MPAMK di Berjaya Waterfront Hotel dan MPWK di Danga Bay Convention Centre di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here