Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerima cenderamata dari Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim pada Majlis Perasmian Seminar Muzium Antarabangsa Malaysia 2025 di M Resort Hotel, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Akta Muzium dijangka akan dibentang di Dewan Rakyat pada November tahun ini.

Jelas Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, draf penggubalan akta tersebut kini peringkat terakhir sebelum dibawa ke Kabinet.

Menurutnya, proses menyiapkan draf tersebut melibatkan sesi libat urus  yang pelbagai demi memastikan dasar itu melangkap merangkumi tujuan penubuhan muzium dalam negara.

“Sekarang ini, muzium dan kementerian sedang menyiapkan draf akta berkaitannya kita berharap ianya akan dapat lulus untuk dibawa ke Kabinet seterusnya ke Parlimen.

“Kita perlu (buat) banyak libat urus, di Malaysia kita ada banyak muzium dimiliki oleh pihak swasta di negeri-negeri,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan  Seminar Hari Muzium Antarabangsa Malaysia 2025 di Bukit Kiara hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM), Datuk Kamarul Baharin A. Kasim.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata, Akta Muzium itu kelak akan menyelaraskan muzium dalam negara selain mengelakkan percanggahan dengan dasar negara.

“Kita mahu buat penarafan baharu terhadap terma muzium dan kawalan penubuhannya sebab berdasarkan pengalaman kita ada permohonan tubuhkan muzium-muzium yang bercanggah dengan dasar kerajaan.

“Permohonan menunjukkan muzium yang mahu diwujudkan itu ada yang mungkin menyebabkan aliran tertentu contohnya komunisme, sosialis. Kalau kita lihat di luar negara contohnya ada muzium yang mungkin tidak dibenarkan. Contohnya, muzium ganja,” tambahnya,

Selain itu beliau berkata, terdapat permohonan daripada kerajaan negeri supaya kerajaan pusat menyediakan dasar berkaitan muzium untuk dijadikan rujukan.

Sebagai rekod, Kementerian Perpaduan mengumumkan akan menggubal akta baharu yang dikenali sebagai Akta Muzium pada September 2023.

Katanya, ia demi kawalan selia terhadap aktiviti berkaitan muzium di seluruh negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here