Lelaki yang ditahan kerana mencederakan anak kandungnya. foto Polis Daerah Lahad Datu

LAHAD DATU – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul anak kandungnya berusia 13 tahun menggunakan tangan dan alat ganti kereta (getah timing belt) hingga cedera semalam.

Kejadian dilaporkan oleh bekas isteri suspek setelah menerima gambar kecederaan melalui mesej WhatsApp daripada anak mereka yang lain.

Mangsa disyaki dipukul ketika mangsa membantu bapanya, 38, membaiki kenderaan di Kampung Sharip, Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, mangsa mengalami lebam di bahagian belakang, rusuk dan kaki kanan.

Suspek ditahan pada jam 12.10 tengah hari, pada hari yang sama oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Lahad Datu dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dihukum dengan penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat atau gabungan mana-mana hukuman berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here