Bruno Fernandes sertai Manchester United sejak 2020.

LONDON – Pemian tengah, Bruno Fernandes telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Manchester United 2024/25, atau lebih dikenali sebagai Anugerah Sir Matt Busby, buat kali kedua berturut-turut dan kali keempat keseluruhan.

Dengan pencapaian anugerah itu, dia menyamai rekod pemenang terbanyak anugerah yang dipegang oleh legenda kelab, Cristiano Ronaldo dan David de Gea yang juga pernah memenangi anugerah ini sebanyak empat kali .

Menerusi statistik musim 2024/25, bintang Portugal itu menjaringkan 19 gol dan 19 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.

Fernandes juga menjaringkan tujuh gol dalam Liga Europa, menjadikannya penjaring terbanyak United dalam satu edisi kejohanan tersebut . 

Walaupun Manchester United mengalami musim domestik yang mengecewakan, dengan kedudukan ke-16 dalam Liga Perdana, prestasi cemerlang diaa tetap diiktiraf oleh penyokong dan rakan sepasukan.

Pemain berusia 30 tahun itu juga telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Pilihan Pemain untuk musim ini, menewaskan Noussair Mazraoui dan Amad dalam undian dalaman pasukan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here